Hey Peeps :) Welcome To Fatin Izzati's Blog. I hope my dreams come true ! | Don't forget to Follow me ok ^_^ >> TQ ♥~ILYSM~♥ +Follow | Dashboard

"Bila dalam dirimu ada rasa nak berubah ke arah kebaikan, maka teruskanlah niatmu itu tanpa lagi memikirkan apa masyarakat sekeliling akan kata tentang perubahan kamu.. Jika kamu terus fikirkan apa org akan kata padamu, ketahuilah bahawa syaitan sedang usaha memerangkap dirimu.. Dan sebaik-baik perubahan adalah demi Allah dan Islam.. Org-org beriman akan dengar dan taat bila mendengar hukum Allah.."



♥Tinggalkan Jejak Anda♥

Oh Belog >>> ENTRI PANAS!!! Blog2 mereka~~

Jom join bisnes saya :)

Nuffnang Ads

Saturday, July 28, 2012

Apa yang saya faham tentang CINTA?


Bercakap pasal cinta, Apa yang saya faham tentang CINTA? Cinta adalah satu amanah yang mesti dipenuhi apabila kita telah melafazkannya. Apabila saya melafazkan, Saya mencintai kamu dan ingin bernikah dengan kamu, ia bermakna lafaz cinta itu adalah satu amanah yang mesti dipenuhi. Islam menyediakan ruang pernikahan sebagai sebuah apresiasi cinta, amanah cinta melalui pernikahan adalah kita sebagai suami bersaksi untuk setia menjadi ketua keluarga untuk membimbing isteri dan anak-anak ke arah keredhaan Allah. Ingatlah, setiap lafaz cinta bukan MAIN-MAIN , ia melibatkan seluruh kehidupan anda. kerana cinta itu AMAT BERMAKNA. Berani bercinta, berani bernikah. Berani bercinta, berani mempersiap diri menjadi pasangan suami dan isteri. Berani bercinta, berani memikul tanggungjawab sebagai pelengkap antara satu sama lain.



Thursday, July 26, 2012

Apa kelebihan kurma?

- Kurma mudah dicerna, jadi ia boleh digunakan untuk membekalkan tenaga segera. - Kurma jika direbus dengan susu, boleh dijadikan minuman yang berkhasiat yang kaya dengan pelbagai nutrisi. Kandungan nicotinic menjadikan elok untuk mengubati gangguan usus. - Pengambilan kurma secara kerap didapati membantu pembiakan bakteria baik di dalam usus. - Kurma juga berkesan untuk mereka dengan masalah sembelit. - Kurma berkesan untuk menghilangkan kesan mabuk arak. - Kajian juga menunjukkan kurma yang direndam semalaman dan dihancurkan baik untuk mereka yang ada masalah di hati. - Kurma juga dilihatkan sebagai tonik yang meningkatkan stamina seksual dan juga membantu mereka yang mandul. - Kurma juga didapati berkesan mencegah kanser perut. - Kurma juga membantu menurunkan kolestrol dan tekanan darah. - Pengambilan kurma juga mencegah masalah neurologikal. - Kurma juga dikatakan meningkatkan imunisasi badan. - Kurma memiliki protein yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buah yang lain. Ia ada 23 jenis asid amino. - Kurma kaya dengan asid glutamic. Asid glutamic penting untuk neurotransmitter yang mana mencetus kepelbagaian tindakbalas metabolik menjadikannya sangat sesuai untuk kebanyakan atlet.

Tuesday, July 3, 2012

11 GOLONGAN AHLI NERAKA



Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."
...
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan.
> Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. 
>Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala.
> Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. 
>Inilah balasan mereka yang berdusta.

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya.
> Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. 
>Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. 
>Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. 
>Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
> Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikkan. 
>Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. 
>Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

1.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat. 
>Ini balasan orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."

(Tajuk tazkirah petang td.. disampaikan oleh Puan Mas Suri Bt. Alaf Din)
 
COPYRIGHT @ Segala Yang Tercipta diatas Hak Milik Fatin Izzati Azman