Hey Peeps :) Welcome To Fatin Izzati's Blog. I hope my dreams come true ! | Don't forget to Follow me ok ^_^ >> TQ ♥~ILYSM~♥ +Follow | Dashboard
My Photo
Assalamualaikum...Salam Mahabbah.. Seandainyer terdapat cadangan yg membina, diharapkn agr dpt meninggalkn komen anda.. Segala kebaikan dtgnyer dari Allah & yg buruk dtgnyer dari kelemahan saya sendiri... Blog ini ditubuhkan semata-mata mahu mengisi masa lapang aku,apa yg aku nk tulis,,suka hati aku la ek.. Menaip entry gna 10 jari tgn aku n kaki aku yg comel ni la yg teman tgn aku mngarut kat cni,sumenya dari lubuk hati aku. So,,suka aty nurani aku la yep nk tulis hape pown~ heee... :)

"Bila dalam dirimu ada rasa nak berubah ke arah kebaikan, maka teruskanlah niatmu itu tanpa lagi memikirkan apa masyarakat sekeliling akan kata tentang perubahan kamu.. Jika kamu terus fikirkan apa org akan kata padamu, ketahuilah bahawa syaitan sedang usaha memerangkap dirimu.. Dan sebaik-baik perubahan adalah demi Allah dan Islam.. Org-org beriman akan dengar dan taat bila mendengar hukum Allah.."



♥Tinggalkan Jejak Anda♥

Oh Belog >>> ENTRI PANAS!!! Blog2 mereka~~

Jom join bisnes saya :)

Wednesday, May 30, 2012

makcikku kawen :)

Assalammualaikum dan hai :)

sihat ke korang?
entry kali ni saje je nak share cite makcik tiri aku kawen..
27 Mei 2012 adalah tarikh makcik aku nikah..
Selamat Pengantin Baru makcik :)
semoga berkekalan hingga ke anak cucu..
lepas ni makcik lagi sorang pulak nak kawen tapi tahun depan,, mase cuti Tahun Baru Cina..
kali ni mesti lagi besar2an..

 majlis akad nikah di masjid Tg. Karang, Selangor


 hantaran perkahwinan dari lelaki..

 cantiknye makcik saya,, ala2 arab lagi tu..
t aku kawen nak lebih dari tu bole.. hehe


with my cousin :)

 budak2 kecik yg sibuk nak berkaraoke.. 
caye x sume ni sepupu2 aku? 
kecik2 je dorg lagi.. maklumla aku ni cucu sulung belah keluarga mak :)

my beloved family :)
hanya sebahgian je..

Friday, May 25, 2012

Thalasemia??

Assalammualaikum dan hye bloggers :)
entry kali ni mengenai thalasemia..
thalasemia adalah tajuk case study aku
dan aku baru tau kwn rapat aku merahsiakn penyakit thalasemia ni..
akhirnye terkantoi jugak bile kami chating2 dlm skype..
sampai hati kan xnak bg tau,, patut la selama ni nak mengelak je bila diaju persoalan..
bila ditaye2 rupenye ayah dia pembawa.. dari kecik lagi olwez g hospital > masukkan darah
sampai teruk cgt kna wat operation splenectomy.. 
limpa membesar mybbkan abdomen jd membengkak..
rase simpati, empati dan kesian jugak kat kwn aku sorang ni..
da la antra adik-badik dia,, dia sorang je yg kna paling teruk..
dia saloo tunaikan ape yg aku nak..
tapi aku wat endah je.. 
erm,, rase bersalah pon ade jugak..
maafkan za ye..



kwn2 tau x ape tu thalasemia?? jom nak share ilmu sikit.. :)


Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita. Talasemia diwarisi daripada ibu bapa dan melibatkan kedua-dua anak lelaki dan perempuan.

Bagaimana Talasemia merebak? Talasemia adalah penyakit genetic atau keturunan di mana anak mendapat gen Talasemia daripada ibu bapa. Ianya bukan penyakit berjangkit iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara, air atau sentuhan fizikal. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini. Satu daripada 20 penduduk Malaysia adalah pembawa gen Talasemia. 


Tanda2 dan gejala Thalasemia :

·         Letih sepanjang masa
·         Keadaan pucat semakin ketara, sentiasa lemah dan resah
·         Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas
·         Jaundis
·         Hilang selera makan
·         Limpa membesar meyebabkan abdomen membengkak
·         Tumbesaran kanak-kanak terbantut
·         Terdapat perubahan pembentukan tulang di bahagian muka


       Jagaan Perawatan :

 ·         Pesakit memerlukan transfusi darah secara berterusan setiap bulan sepanjang hayat
·         Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan besi di dalam organ utama badan seperti hati, limpa, jantung dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut
·         Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga


·         Pasangan yang ingin berumahtangga perlu lebih peka akan status kesihatan masing-masing
·         Ujian darah sebelum berkahwin dapat mengesan penyakit HIV dan penyakit lain seperti thalesemia
·         Jika kedua suami isteri menghidap thalesemia pakar genetik boleh memberi kaunseling sebelum memulakan keluarga. Ini perlu kerana sekiranya pedua-dua pembawa gen Talasemia berkahwin kemungkinan besar anak yang dilahirkan merupakan pesakit Talasemia Major yang boleh membawa maut





Monday, May 21, 2012

Kelebihan Bulan Rejab


Rasulullah S.A.W menunjukkan kelebihan bulan rejab: 1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat. 2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku. 3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya. 4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. 5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan). 6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka. 7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga. 8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan). 9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga. 10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu: a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu. b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal. c. Terlepas daripada dahaga di akhirat. 11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya. 12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan. :'> ♥
 
COPYRIGHT @ Segala Yang Tercipta diatas Hak Milik Fatin Izzati Azman