Assalammualaikum dan hye bloggers :)
entry kali ni mengenai thalasemia..
thalasemia adalah tajuk case study aku
dan aku baru tau kwn rapat aku merahsiakn penyakit thalasemia ni..
akhirnye terkantoi jugak bile kami chating2 dlm skype..
sampai hati kan xnak bg tau,, patut la selama ni nak mengelak je bila diaju persoalan..
bila ditaye2 rupenye ayah dia pembawa.. dari kecik lagi olwez g hospital > masukkan darah
sampai teruk cgt kna wat operation splenectomy..
limpa membesar mybbkan abdomen jd membengkak..
rase simpati, empati dan kesian jugak kat kwn aku sorang ni..
da la antra adik-badik dia,, dia sorang je yg kna paling teruk..
dia saloo tunaikan ape yg aku nak..
tapi aku wat endah je..
erm,, rase bersalah pon ade jugak..
maafkan za ye..
kwn2 tau x ape tu thalasemia?? jom nak share ilmu sikit.. :)
Talasemia ialah penyakit genetik sel
darah merah. Penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang
berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini kerana gen yang mengawal
penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein dalam sel
darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam
badan kita. Talasemia diwarisi daripada ibu bapa dan melibatkan kedua-dua anak
lelaki dan perempuan.
Bagaimana Talasemia merebak? Talasemia adalah penyakit
genetic atau keturunan di mana anak mendapat gen Talasemia daripada ibu bapa.
Ianya bukan penyakit berjangkit iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah,
udara, air atau sentuhan fizikal. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang
sama untuk mendapat penyakit ini. Satu daripada 20 penduduk Malaysia adalah
pembawa gen Talasemia.
Tanda2 dan gejala Thalasemia :
·
Letih sepanjang masa
·
Keadaan pucat semakin ketara, sentiasa lemah
dan resah
·
Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran
bernafas
·
Jaundis
·
Hilang selera makan
·
Limpa membesar meyebabkan abdomen membengkak
·
Tumbesaran kanak-kanak terbantut
·
Terdapat perubahan pembentukan tulang di
bahagian muka
Jagaan Perawatan :
·
Transfusi darah berterusan akan menyebabkan
pengumpulan besi di dalam organ utama badan seperti hati, limpa, jantung dan
kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut
·
Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada
penderma yang sesuai di kalangan keluarga
·
Pasangan yang ingin berumahtangga perlu lebih
peka akan status kesihatan masing-masing
·
Ujian darah sebelum berkahwin dapat mengesan
penyakit HIV dan penyakit lain seperti thalesemia
·
Jika kedua suami isteri menghidap thalesemia
pakar genetik boleh memberi kaunseling sebelum memulakan keluarga. Ini perlu
kerana sekiranya pedua-dua pembawa gen Talasemia berkahwin kemungkinan besar
anak yang dilahirkan merupakan pesakit Talasemia Major yang boleh membawa maut
No comments:
Post a Comment