Hey Peeps :) Welcome To Fatin Izzati's Blog. I hope my dreams come true ! | Don't forget to Follow me ok ^_^ >> TQ ♥~ILYSM~♥ +Follow | Dashboard

"Bila dalam dirimu ada rasa nak berubah ke arah kebaikan, maka teruskanlah niatmu itu tanpa lagi memikirkan apa masyarakat sekeliling akan kata tentang perubahan kamu.. Jika kamu terus fikirkan apa org akan kata padamu, ketahuilah bahawa syaitan sedang usaha memerangkap dirimu.. Dan sebaik-baik perubahan adalah demi Allah dan Islam.. Org-org beriman akan dengar dan taat bila mendengar hukum Allah.."



♥Tinggalkan Jejak Anda♥

Oh Belog >>> ENTRI PANAS!!! Blog2 mereka~~

Jom join bisnes saya :)

Nuffnang Ads

Tuesday, March 1, 2011

Sekadar Untuk Renungan Hati Yang Tidak Jemu Berharap Kepada NYA

Wahai Tuhanku...

...Semalam Yang Ku Tinggalkan Adalah Hari Hari Yang Kelabu.. Untuk Di Ingati Lewat Yang Ku Sesali.. Ia Adalah Percikkan Titik Hitam.. Yang Akan Terus Berteman Selagi Bernafas.. Usia Ku Kini Menginjak Setahun.. Menyusuri Liku Liku Perjalanan Hidup.. Dalam Hitungan Zahir Bertambah Usia.. Meningkat Dewasa Dan Matang Fikiran Ku.. Tidak Ku Sedari Setahun Yang Pergi Itu.. Bererti Semakin Mendekati Mati Hidup Ku...

Wahai Tuhanku...
...Hari Hari Semalam Yang Berlalu.. Mengajak Ku Berteman Muhassabah Diri..Ku Selak Setiap Satunya Lembaran Diari Yang Bernama Kehidupan Ini.. Seputar Waktu Yang Telah Ku Susuri...

Aku... Hamba MU Menangis...
...Setiap Satu Yang Tersurat Darinya Menjadikan Rasa Gundah Bermain Di Kalbu...
Betapa Baru Ku Sedari.. Apakah Mungkin Ini Yang Menjadi Bekal Buat Menghadapi Hari Muka Yang Baru... Aku Alpa.. Aku Terpana...

Wahai Tuhan...
...Longlai Dalam Simpuh Muhassabah Ini.. Tak Sedar Terisak Isak Ku Menangis...
Betapa Terlalu Banyaknya Tompok Tompok Hitam Di Setiap Penjuru Hati Ini...
Seperti Anai Anai Memakan Setiap Satunya Pahala Amal Ku...

Ya Tuhan Ku...
...Aku Menjadi Malu Dengan Diri Ku Ini..Betapa Setahun Usia Ku Berlalu..Tidak Lebih Hanya Kebebalan Ku.. Betapa Terlekanya Aku Dalam Limpahan Nafsu... Membiarkan Kantung Amal Ku Berbaur Syubahat...

Wahai Tuhanku...
Duduk Ku Muhassabah Ini.. Terkulai Layu Merenungi Nasib Diri.. Muhassabah Ini Perlu Pada Tiupan Semangat.. Untuk Ku Terus Berdiri Mencari Arah Yang Hilang
Untuk Mencari Jalan Pulang.. Untuk Kembali Berpaut Kepada MU...

Ya Rabb...
Ampunkanlah Hamba Mu Ini.. Maafkanlah Segala Dosa Dosa Ku.. Terimalah Taubat Ku Untuk Ku Mulai Perjalanan Di Usia Ku Sehari Lagi.. Agar Hamba MU Ini Masih Punya Waktu Bersisa.. Untuk Menjadi Hamba MU Yang Soleh...

( Sekadar Untuk Renungan Hati Yang Tidak Jemu Berharap Kepada NYA )

...Subhanallah...

No comments:

 
COPYRIGHT @ Segala Yang Tercipta diatas Hak Milik Fatin Izzati Azman