assalamualaikum wbt...
salam kemenangan...
kepada semua muslimin dan juga muslimat di seluruh negara, saya ingin ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
semoga kali ini kita mendapat rahmah dan barakah dari Allah.
diharap juga segala amalan kita sepanjang ramadan yang lalu akan diterima oleh Allah SWT. amin..
kepada adik-adik kecil, jangan main mercun yer... kan nanti ada yang raya di hospital.. huhu.
yang memandu ketika musim perayaan ni.. berhati-hatilah di jalan raya. ingatlah org tersayang...
dengan itu, saya dengan rendah diri menyusun sepuluh jari MEMOHON MAAF andai ada salah dan silap kepada sesiapa sahaja didunia ini. di hari yang mulia ini, eloklah kita saling memaafi antara satu sama lain. insyaAllah, diharap syawal yang menjelang ini membawa sinar yang bahagia buat kalian dan diri saya juga. insyaAllah, amin...
ketupat lemang enak dijamu,
anak kecil bermain pelita,
salam lebaran tulus buatmu,
tangan dihulur maaf dipinta.
nasi dagang juadah tradisi,
menjadi santapan ketika perayaan,
ziarah saudara menjadi tradisi,
mengerat hubungan tali persaudaraan.
2 comments:
selamat hari raya :)
maaf zahir dan batin :D
kad raya dari sayaikhlas :D
http://syarafikamaruzzaman.blogspot.com/2011/08/kad-raya-dari-syarafi-sekeluarga.html
selamat hari raya maaf zahir batin juga syarafi :)
Post a Comment