Hey Peeps :) Welcome To Fatin Izzati's Blog. I hope my dreams come true ! | Don't forget to Follow me ok ^_^ >> TQ ♥~ILYSM~♥ +Follow | Dashboard

"Bila dalam dirimu ada rasa nak berubah ke arah kebaikan, maka teruskanlah niatmu itu tanpa lagi memikirkan apa masyarakat sekeliling akan kata tentang perubahan kamu.. Jika kamu terus fikirkan apa org akan kata padamu, ketahuilah bahawa syaitan sedang usaha memerangkap dirimu.. Dan sebaik-baik perubahan adalah demi Allah dan Islam.. Org-org beriman akan dengar dan taat bila mendengar hukum Allah.."



♥Tinggalkan Jejak Anda♥

Oh Belog >>> ENTRI PANAS!!! Blog2 mereka~~

Jom join bisnes saya :)

Nuffnang Ads

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidul Rasul :)














˙·٠•●♥ | Salam Maulidur Rasul | ♥●•٠·˙
marilah sama2 kt selawat ke atas Nabi S.A.W

يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ. يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ. يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ. صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Sesungguhnya dari kalangan umatKu yang berselawat ke atasKu 1 selawat yang ikhlas daripada hatinya, Allah akan membalasnya dengan 10 selawat, mengangkatkan kedudukannya 10 darjat, mencatatkan baginya 10 kebajikan & menggugurkan daripadanya 10 kejahatan."
(HR Ibnu Hibban)











Suatu hari.. Nabi Muhammad SAW bertanya : "Siapakah hamba Allah yang mulia?" Sahabat menjawab : "Para malaikat Ya Rasulullah" Sahabat yang lain : "tentulah para nabi, merekalah yang mulia" Nabi tersenyum lalu berkata : "Ya, mereka mulia, tetapi ada yang lebih mulia" Para sahabat terdiam lalu berkata : "Adakah kami yang mulia itu Ya Rasulullah" Nabi berkata : "Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, tapi bukan kalian yang aku maksudkan" Nabi menundukkan wajahnya, baginda menitiskan airmata sehingga membasahi pipi dan janggutnya, lalu berkata : " Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah & tahukah kalian, mereka tidak pernah melihatku, mereka tidak dekat denganku seperti kalian, mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA.. MEREKALAH UMMATKU! UMMATI! UMMATI! UMMATI!"-





TAHUKAH ANDA ???


BIODATA ASAS RASULULLAH S.A.W



Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar 

Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

>USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

>USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

>USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

>USIA 9 TAHUN
(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

>USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

>USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

>USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

>USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

>USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

>USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

>ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W

-Khadijah Binti Khuwailid.
-Saudah Binti Zam’ah.
-Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
-Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
-Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
-Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
-Zainab Binti Jahsy.
-Maimunah Binti Harith.
-Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
-Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin).

>ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W

-Qasim
-Abdullah
-Ibrahim
-Zainab
-Ruqaiyah
-Ummi Kalthum
-Fatimah Al-Zahra ‘

>ANAK TIRI RASULULLAH SAW

-Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

>IBU SUSUAN

-Thuwaibah Hamzah
-Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

>SAUDARA SUSUAN

-Halimah Al-Saidiyyah
-Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
-Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
-Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
-‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza

>BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH S.A.W
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

Al-Harith
Muqawwam
Zubair
Hamzah ***
Al-Abbas ***
Abu Talib
Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
Abdul Ka ‘ bah
Hijl
Dhirar
Umaimah
Al-Bidha (Ummu Hakim)
Atiqah ##
Arwa ##
Umaimah
Barrah
Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Mari kita hayati Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) ini :
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )



No comments:

 
COPYRIGHT @ Segala Yang Tercipta diatas Hak Milik Fatin Izzati Azman