Hey Peeps :) Welcome To Fatin Izzati's Blog. I hope my dreams come true ! | Don't forget to Follow me ok ^_^ >> TQ ♥~ILYSM~♥ +Follow | Dashboard

"Bila dalam dirimu ada rasa nak berubah ke arah kebaikan, maka teruskanlah niatmu itu tanpa lagi memikirkan apa masyarakat sekeliling akan kata tentang perubahan kamu.. Jika kamu terus fikirkan apa org akan kata padamu, ketahuilah bahawa syaitan sedang usaha memerangkap dirimu.. Dan sebaik-baik perubahan adalah demi Allah dan Islam.. Org-org beriman akan dengar dan taat bila mendengar hukum Allah.."



♥Tinggalkan Jejak Anda♥

Oh Belog >>> ENTRI PANAS!!! Blog2 mereka~~

Jom join bisnes saya :)

Nuffnang Ads

Friday, April 22, 2011

DALAM SUJUDKU DIHENING PAGI..~




setiap kali saya bangun tido...saya bersyukur sgt sebb Allah masih kurniakan nikmat usia untuk hidup...Alhamdullilah...dan saya berazam agar hari ni adalah lebih baik daripada hari semalam...InsyaAllah...dan didalam solat kita selepas bangun daripada tido pun, kita sering memperbaharui janji2 kita pada Allah Yang Esa...saya nak kongsi makna bacaan didalam solat kita setiap hari..kerana bila kita sudah memahami apa yang kita lafazkan...InsyaAllah..Allah akan kurniaan nikmat keindahan solat...berusahalah kita untuk mencari redha Allah...



Takbiratul Ihram

Allah Maha Besar



Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.

Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.



Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,

dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.



Sesungguhnya solatku,

Ibadatku,Hidupku,Matiku

Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.

Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.



Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.



Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Yang menguasai hari pembalasan.



Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.



Tunjukilah kami jalan yang lurus.



Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.



Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.



Bacaan ketika i'tidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.



Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.



Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,

Rahmatilah daku,

Kayakan daku,

Angkatlah darjatku,

Rezekikan daku,

Berilah aku hidayah,

Sihatkanlah daku dan

Maafkanlah akan daku.



Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.



Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.



Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.

Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.



Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.



Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.

Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.



Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.



Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.

Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.



Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.



Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.



Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.

Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.

Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.



Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.

Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.



Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.



Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.



~janji2 kita terdapat dalam doa iftitah yang kita baca....dalam solat kita memuji2 kebesaran Allah, dan memohon serta meminta kepadaNya...kita juga akan memperbaharui syahadah kita...saya berdoa agar, saya dimatikan dalam keadaan sebagai islam yang sejati..dan saya menutup mata dengan cara yang baik....Amin....di dalam solat inilah saya mendapat ketenangan, dan selepas solat bermohon dan minta lah apa sahaja pada Allah...insan yang selalu bersama saya, selalu mengingatkan saya untuk berdoa walau dalam apa jua keadaan...katanya, bila kita berdoa, serahkanlah segalanya kepada Allah tanpa sedikit pun keraguaan padaNya...insyaAllah Allah akn makbulkan, dan jika tidak itu lah yang terbaik buat saya...terima kasih kerana sudi membaca apa yang saya cuba kongsikan ini..



salam kasih dari Allah untuk kalian..wassalam..~

No comments:

 
COPYRIGHT @ Segala Yang Tercipta diatas Hak Milik Fatin Izzati Azman