Ada sangkaan baik.. dan ada sangkaan buruk..
Orang beribadah disangka riak
Orang yang “relax” disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka “diet”
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
Mana tahu..
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..
Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..
Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..
Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingati Allah
Oleh itu jauhilah sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah sesama manusia seperti musnahnya kayu dimakan api. Satu perkara yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung kepada bagaimana kita melihatnya... Wallahu a’alam.
Usah lupa firman Allah Taala..
Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah dari kebanyakan dari syak wasangka, sesungguhnya sebahagian daripada syak wasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat 48: 12)
~MAJLIS ILMU~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment